about

 Selamat datang!!!


   Produk Stevia dan Kraftangan diasaskan oleh Julia Puyang.Saya telah menceburi bidang ini dalam setahun lebih.Saya menawarkan dan menjual produk Stevia.Produk Stevia adalah sejenis pemanis semulajadi dan tiada kelori.Stevia sesuai untuk semua jenis peringkat umur. 


                 ROYAL  SWEETENER

*Mengimbangi kandungan gula.
*Menurunkan kadar gula di dalam darah.
*Melawaskan pembuangan air kencing .
*Meningkatkan tenaga di dalam tubuh.
*Melicinkan dan memutihkan kulit.
*Membantu sistem penghadaman makanan.



STEVIA SWEETENER




            

         
       KRAFTANGAN




   Saya juga ada menjual barang kraftangan seperti rantai manik,gelang tangan ,anting dan sebagainya.Gubahan manik ini merupakan satu cabang kraftangan yang sangat popular di SARAWAK dan SABAH.Gubahan kraftangan ini telah menjadi satu seni tradisi dalam kalangan masyarakat etnik di Sarawak malahan di Sabah juga.Antara jenis manik yang di gunakan ialah manik jenis kaca ,permata dan batu akik.
       Usia manik sebenarnya adalah lebih tua daripada zaman tamadun manusia.Gubahan-gubahan manik yang paling awal dahulu telah diperbuat daripada kulit kerang,gigi, dan biji buah-buahan yang dilubangkan dan dicucukkan dengan tali.
         Manik mempunyai pelbagai bentuk dan warna.Bahagian hujung manik selalunya berbentuk rata.Lubang diperbuat mengikut saiz benang yang hendak digunakan.Manik jenis ini selalunya berbentuk runcing di hujung dan kembung di bahagian tengahnya.Tetapi ada juga yang berbentuk sekata dengan alur-alur lekuk yang sejajar.Manik kaca jenis tersebut selalu digunakan sebagai rantai leher lelaki dan perempuan.

                                                               RANTAI MANIK